Lirik Lagu Tanya Tuhan
[Verse]
Setiap lagenda meranum, pelbagai fasa dilalui
Bermulanya tiada yang agung, hanya jiwa dan naluri
Mendewasa ku majestic, dalam ribut puja-puji
Manis jadi asyik, asyik jadi magik yang kembali menghantui
Lutut rebah, tangan tadah
Bertanyakan empunya, bagaimana?
Mengapa dah ku lakukan segalanya
Tapi di dalam ku masih merana
Manusia barbaric, brutal dan buas
Berikan galaksi pun takkan puas
Maaf ku punya tugas nak dilunas
Bukan jadi obligasi tuk mengulas
Stoic, Marcus, Meditasi (yes sir)
Tak perlukan validasi (nope)
Jaga nafas, jaga lafaz, jangan bahaskan rahsia di hati
Betulkan chi, resonans, frekuensi (Tesla)
Yang toksik harus berhenti (yup)
Fokus pada yang bererti
Hidup tuk berkasih bukan tuk membenci
Walaupun satu-satu datang berlagu
Racun atau madu, ratu ataupun rahu
Teori banyak teori tapi semua merapu
Yang tahu tak berkata, yang berkata tak tahu
Sepuluh brodies, Sembilan palsu
Yang lain tak signifikan yang satu tu aku
Itulah bezanya general dan soldadu
Ku tak perlukan engkau tapi kau perlukan aku
Tanya Tuhan
- Written by Malique, Yonnyboii
- Produced by LastKhalif
- Release Date: July 18, 2025